Friday, June 12, 2009

Boikot barangan Yahudi masih berterusan?

Masihkah ingat kempen boikot barangan Yahudi baru-baru ini? Serangan terhadap Palestin menyebabkan masyarakat antarabangsa marah dan bertindak terhadap syarikat yang ada kepentingan atau milik Yahudi. Masyarakat kita mudah lupa barang yang kita guna dan makan diusahakan oleh syarikat Yahudi. Susah sangat nak tukar kepada barangan halal orang Islam.
Apabila menyedari barangan yahudi diboikot, syarikat itu bertindak menurunkan harga dengan hebatnya. Iklan mereka juga mendapat tempat di tv negara ini yang diulang tayang. Masyarakat kita terpujuk dan mudah 'cair' pendirian. Masyarakat kita khasnya orang Islam pun berubah hati dengan membeli barangan itu.
Jika dibandingkan dengan orang luar negara, termasuk negara yang umat Islamnya kecil seperti Ireland, mereka bersatu memboikot. Kesannya, beberapa syarikat yang dimiliki orang Yahudi tutup dan diganti dengan syarikat dari Eropah sendiri. Contohnya syarikat Shell ditukar kepada Maxoil.
Masyarakat Malaysia khasnya orang Islam mesti sedar dan meneruskan boikot tanpa mengikut musim kempen tertentu. HPA menawarkan produk halal tanpa perlu diragui yang dikeluarkan sendiri dan dimiliki oleh orang Islam.