Tuesday, November 10, 2009

Kelas Mingguan Di HPA Muar 2

Salam sejahtera,

antara aktiviti yang telah dijalankan kelas 11/10/2009

Tazkirah ,


produk,


Testimoni,
oleh en yusof


Demo,


Motivasi

Tuesday, October 13, 2009

Kelas Komuniti dan PBC Muar

Salam,

kelas komuniti akan kembali di tempat biasa iaitu tingkat 4, HPA Muar 2, Jalan Maharani, pada selasa depan 20 oktober 2009 dimulakan dgn solat isya berjemaah. Semua ahli digalakkan hadir untuk meraikan juga penghujung syawal.

PBC daerah Bandar Muar pula akan berlangsung pada 17 dan 18 ini di Hotel Sri Pelangi Muar , pendaftaran 8.30 hingga 9 pagi. Bayaran RM 160. Pendaftaran awal boleh di rujuk kepada cawangan berhampiran anda atau hubungi 013-6228228.

Monday, September 14, 2009

Majlis Tazkirah Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih




Alhamdulillah, majlis tazkirah, dan berbuka puasa bersama ahli komuniti telah selamat di adakan di cawangan HPA MUAR 2, di ucapkan ribuan terimakasih kepada ahli yang telah hadir. Acara majlis diakhiri dengan solat tarawih secara berjamaah. Selamat hari Raya aidili fitri dan wassalam.

Friday, August 14, 2009

KELAS TERAKHIR SEBELUM RAMADHAN

Salam, kelas mingguan sebelum berehat untuk ramadhan akan diadakan pada 18 Ogos 2009. Tempat seperti biasa di Tingkat 3 HPA Cawanagan Muar 2, Jalan Maharani, Bandar maharani , Muar, Johor. Semua ahli digalakkan hadir bersama-sama rangkaian masing-masing. Kelas dimulai dengan solat isyak secara berjamaah, diikuti tazkirah oleh Ustaz-ustaz jemputan, kemudian beberapa modul menarik seperti demo-demo prdouk. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat. Amin.

Friday, August 7, 2009

SESI INTENSIF DIAGNOSIS TAPAK TANGAN




Salam, tahniah pada HAMPIR 60 ORANG AHLI HPA yang telah hadir untuk menambah ilmu DIAGNOSIS penyakit melalui saraf TAPAK TANGAN di HPA Cawangan Muar 2 Jalan Maharani, Bandar MUAR JOHOR . Penghargaan ucapan jutaan terima kasih pada komuniti nilai terutama kepada Kak Bib dan Ustaz Radzi dan yang lain-lain sanggup bersusahpayah untuk menjayakan sesi ilmu yang sangat bermakna ini. Penyertaan dengan bayaran RM 10 saje termasuk pakej makanan memang sangat bermanfaat unuk ahli. Tahniah sekali lagi untuk semua yang terlibat dalam menjayakan sesi ilmu ini.


Sunday, July 26, 2009

TAhlil dan Kelas KAS MUAR di HPA Muar 2

Salam,

Semua ahli KAS sekitar Muar dan ahli HPA amnya di jemput untuk hadir ke majlis tahlil dan kuliah mingguan pada 28 Julai 2009 selepas maghrib, di cawangan HPA muar 2, Jalan Maharani, Muar, Johor.... Insya Allah .

Friday, June 12, 2009

Boikot barangan Yahudi masih berterusan?

Masihkah ingat kempen boikot barangan Yahudi baru-baru ini? Serangan terhadap Palestin menyebabkan masyarakat antarabangsa marah dan bertindak terhadap syarikat yang ada kepentingan atau milik Yahudi. Masyarakat kita mudah lupa barang yang kita guna dan makan diusahakan oleh syarikat Yahudi. Susah sangat nak tukar kepada barangan halal orang Islam.
Apabila menyedari barangan yahudi diboikot, syarikat itu bertindak menurunkan harga dengan hebatnya. Iklan mereka juga mendapat tempat di tv negara ini yang diulang tayang. Masyarakat kita terpujuk dan mudah 'cair' pendirian. Masyarakat kita khasnya orang Islam pun berubah hati dengan membeli barangan itu.
Jika dibandingkan dengan orang luar negara, termasuk negara yang umat Islamnya kecil seperti Ireland, mereka bersatu memboikot. Kesannya, beberapa syarikat yang dimiliki orang Yahudi tutup dan diganti dengan syarikat dari Eropah sendiri. Contohnya syarikat Shell ditukar kepada Maxoil.
Masyarakat Malaysia khasnya orang Islam mesti sedar dan meneruskan boikot tanpa mengikut musim kempen tertentu. HPA menawarkan produk halal tanpa perlu diragui yang dikeluarkan sendiri dan dimiliki oleh orang Islam.

Friday, May 22, 2009

Halal atau tidak makanan?

Masyarakat Islam khususnya orang Melayu masih ramai yang tak ambil peduli makanan yang masuk dalam perut halal ke atau tidak.Apabila melihat ada tanda halal terus beli atau makan tanpa usul periksa. Percaya sangat pada tanda halal. Alasannya sudah ada tanda halal. Kalau tak halal, itu bukan salah pemakan, tapi salah kerajaan. Mereka berpendapat urusan halal haram kerajaan uruskan. Golongan ini termasuk kalangan ustaz dan ustazah yang ada kelulusan agama. Hairan bin pelik. Mudahnya buat keputusan halal.Sesiapa juga boleh buat tanda halal, kalau sanggup. Setiap barangan yang kita nak beli perlu diteliti. Syarikat mana, kilang dimana? Bahan apa? Siapa pengeluar? Maklumat ini mudah dicari, sama ada melalui internet atau mereka yang arif tentang sesuatu produk.Jakim,Persatuan Pengguna Islam, dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang boleh membantu untuk dapatkan maklumat. Banyak saluran yang boleh kita gunakan.Banyak juga syarikat Melayu Islam yang mengeluarkan produk tidak ada kilang sendiri tapi menggunakan kilang bukan Islam.Produk ini pasti meragukan.Walau bagaimanapun, antara syarikat yang mengeluarkan produk halal dan kilang dimiliki sendiri ialah HPA(Herba Penawar al Wahida) dan agen pemasarannya Al Wahida Marketing. Saya sendiri sudah melawat kilang ini di Perlis, dan Sungai Petani Kedah.Selain makanan, ubatan dan kosmetik juga dikeluarkan oleh HPA berasaskan herba atau sumber alam.Makanan perlu halal supaya ibadah kita diterima Allah.
Oleh: Yusof Ngadiman

Tuesday, May 12, 2009

Beberapa aktiviti terkini untuk ahli komuniti Muar

Sesi perbincangan untuk aktiviti komuniti


Antara Sesi refleksologi ..

Penaung komuniti HPA Muar, PJS Rahmat sedang mendengar idea oleh ahli untuk komuniti sekitar Muar.
Buat sementara waktu kelas dwimingguan setiap hari selasa malam rabu untuk semua ahli di adakan di hub halal di Taman Marin, Sg Abong, Muar, Johor. Harap dapat rujuk laman ini untuk segala aktiviti komuniti dai masa ke semasa