Friday, May 22, 2009

Halal atau tidak makanan?

Masyarakat Islam khususnya orang Melayu masih ramai yang tak ambil peduli makanan yang masuk dalam perut halal ke atau tidak.Apabila melihat ada tanda halal terus beli atau makan tanpa usul periksa. Percaya sangat pada tanda halal. Alasannya sudah ada tanda halal. Kalau tak halal, itu bukan salah pemakan, tapi salah kerajaan. Mereka berpendapat urusan halal haram kerajaan uruskan. Golongan ini termasuk kalangan ustaz dan ustazah yang ada kelulusan agama. Hairan bin pelik. Mudahnya buat keputusan halal.Sesiapa juga boleh buat tanda halal, kalau sanggup. Setiap barangan yang kita nak beli perlu diteliti. Syarikat mana, kilang dimana? Bahan apa? Siapa pengeluar? Maklumat ini mudah dicari, sama ada melalui internet atau mereka yang arif tentang sesuatu produk.Jakim,Persatuan Pengguna Islam, dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang boleh membantu untuk dapatkan maklumat. Banyak saluran yang boleh kita gunakan.Banyak juga syarikat Melayu Islam yang mengeluarkan produk tidak ada kilang sendiri tapi menggunakan kilang bukan Islam.Produk ini pasti meragukan.Walau bagaimanapun, antara syarikat yang mengeluarkan produk halal dan kilang dimiliki sendiri ialah HPA(Herba Penawar al Wahida) dan agen pemasarannya Al Wahida Marketing. Saya sendiri sudah melawat kilang ini di Perlis, dan Sungai Petani Kedah.Selain makanan, ubatan dan kosmetik juga dikeluarkan oleh HPA berasaskan herba atau sumber alam.Makanan perlu halal supaya ibadah kita diterima Allah.
Oleh: Yusof Ngadiman

Tuesday, May 12, 2009

Beberapa aktiviti terkini untuk ahli komuniti Muar

Sesi perbincangan untuk aktiviti komuniti


Antara Sesi refleksologi ..

Penaung komuniti HPA Muar, PJS Rahmat sedang mendengar idea oleh ahli untuk komuniti sekitar Muar.
Buat sementara waktu kelas dwimingguan setiap hari selasa malam rabu untuk semua ahli di adakan di hub halal di Taman Marin, Sg Abong, Muar, Johor. Harap dapat rujuk laman ini untuk segala aktiviti komuniti dai masa ke semasa